Wednesday, December 31, 2008

Diari Si Oren

Aku kerja siang dan malam...
Nak kumpul wang...
Untuk apa???



Untuk kekasih gelapku!!!
Si Tometo, anak gadis Mak Tomito..
Mak Tomito pernah kasi warning kat aku...
Kalau tahun 2008 aku tak dapat kumpul wang kawin..alamatnya..



Aku gigit jari!!!!!



uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Ni dah masuk 2009...



Gaji yang aku dapat cuma ni je sehari...
Mana lagi aku mau cari????



Buntu??Aku takda pilihan lain..Aku terpaksa pinjam duit kat Along ni..
Ambil je lah risiko..hidup mati di tangan tuhan..di mana ada kemahuan di situ
ada jalan..demi cinta ku pada Tometo,aku sanggup buat apa saja!First love la katakan..poreber n eber!



Akhirnya impian ku tercapai!!!!Aku dah janji ngan Tometo,aku nak belikan umah ni untuk kami sekeluarga nanti,walaupun kecik tapi cumel.La la la la la...



Hasil dari perkahwinan aku ngan Tometo, lahir lah Si Talor...Kulit nya oren matang mcm aku jugak..like father like son!


-Tamat-

Kesimpulan dari kisah Si Oren ni adalah...

"Dimana ada kemahuan di situ ada jalan..."

Tapi yang part pinjam duit kat Along tu jangan ikut!Nahas korang nanti!
Si oren tak pa..bukan manusia..dah biasa kena kerat kena potong 4-6-8 kerat!
Sendiri mau ingat!
Lu pikir lah sendiri!

hwa3!!!!siot jak aku malam ni!

Sebelum aku merapu lagi banyak,bek aku p tido dulu!!!

Nite!

Pengumuman Khas 2009



Tokei Tomato baik hati kasi cuti esok hari!!!!!

Gini bunyi dialog nya..

Tokei Tomato : Pengumuman Khas! Pengumuman Khas!! Esok cuti....esok cuti!!!!!

Kambocolli (kambing mix brocolli): Ya Ya Ya..Cuti tanpa Gaji!!!!Tak yah minta puji!!

Tokei Tomato : Tau takpe!!!

Kambocolli (kambing mix brocolli) : Kau sebok kasi tau lagi kenapa??

Tokei Tomato : Saja buat korang excited sambut tahun baru!

Kambocolli (kambing mix brocolli) : Excited wakkk lu!P rahhhh.....emmmbeeeheeekkkkeeddddeeekkkuuuttttt!!!!

Tokei Tomato : Erk?? *diam*

Sekian. Habis cerita.Hasil kerja tangan aku melayan bosan di malam Tahun Baru 2009!
Tak pasal-pasal gambar ni aku jadikan cerita.

uuuuuuwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
boringggggggggggggggggggggggggg!!!!



Tahap kritikal!!!!!!!!!!!!!

Cikgu VS Murid

Murid : Selamat pagi, cikgu.



Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!



Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!



Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!



Murid : Kami siuman!



Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!



Murid : Oh! Mengalah!



Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!



Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Tuesday, December 30, 2008

Tetapkan hatiku

Bila sudah tiba penghujung tahun begini, aku mula di landa rasa risau dan gelisah! Ada TIGA perkara yang menjadi persoalan dan tanda tanya dalam otak aku ni...

SATU..
Bagaimana agaknya nasib aku di tahun baru ni?
DUA..
Adakah lebih baik daripada tahun ni atau sebaliknya?
TIGA..
Apakah yang bakal berlaku pada aku di tahun baru ni?

"wuallahualam"
Allah SWT saja yang tahu.

Aku sebagai manusia biasa, hanya mampu menadahkan dua tapak tangan..
berdoa, berdoa, dan terus berdoa..
Meminta perlindungan dari Nya, agar aku dan keluargaku di jauhkan daripada bala-bala dan kejahatan.
Memohon keampunan dari Nya, agar aku di tempatkan bersama orang-orang yang beriman di akhirat nanti.
Meminta jalan petunjuk dari Nya, agar mudah untuk aku menjauhi segala larangan Nya dan menurut segala perintah Nya.

Ya Allah......

*airmata menitis*

Aku benar-benar takut untuk menghadapi segala dugaan2 dan ujian2 yang akan datang.

Bagaimana kalau aku gagal untuk menempuhi ujian itu?
Bagaimana caranya untuk aku mendapatkan kekuatan untuk melalui ujian itu?

*termenung*

(Terkenang pada arwah Atuk)

Aku masih ingat lagi pesan arwah atuk. (tak ingat sangat umur aku masa tu berapa..tapi yang pasti aku sudah dewasa).
Kata Arwah Atuk..
Segala ujian dan dugaan dari Allah SWT, baik atau buruk, terima saja dengan sabar dan tabah. Insya Allah...selamat dan sejahtera lah hidup kamu. Jangan sesekali tinggalkan solat! Arrr..jangan nanti dah di timpa kesusahan baru nak sembahyang...padahal sembahyang tu adalah wajib..(atuk terus membebel lagi)

Ya tok..Insya Allah..(jawab aku untuk menyamankan hati Atuk)

Lepas tu??
Masuk telinga kiri,keluar telinga kanan!

*diam*

Aku rindu kat Arwah Atuk..
Aku rindu kat "ceramah" dari arwah atuk..tentang kehidupan, nasihat dan"bebelan" (tentang ugama) yang suatu ketika dulu aku ambil ringan dan buat endah tak endah...*diam*

*airmata terus menitis*

Kalau lah arwah masih ada..

Mulai saat ini aku akan menjadi cucu yang paling taat dan setia mendengar segala bebelan beliau..

*rasa kesal*

Tapi kini..
Walaupun arwah sudah jauh pergi meninggalkan aku..
Namun, segala "ceramah" (bebelan) yang pernah aku abaikan suatu ketika dulu..
Telah menjadi kekunci..
Membuka pintu hati..
Untuk aku segera kembali ke jalan yang di redhai...
dan di rahmati..

...Ya Allah, tetapkan lah hatiku...

*Al-fatihah*

Buat Atuk tersayang..

Monday, December 29, 2008

Gambar Norman dan Memey berpeluk???

Ada ke???Jom tengok!



Isk3...No wonder lah si Abby minta cerai...Tapi apa nak buat??Jodoh Abby ngan Norman tak panjang..sabar je lah Abby yer..bawa banyak2 berdoa..



Nah ambek!Kan dah kena....
Sudah2 lah tu baca gossip sana sini..
P buat keja..hwa3...

Sunday, December 28, 2008

Krisis rumah tak bertangga!

Disebuah rumah banglow mewah, tinggal sepasang suami isteri.
Si suami bekerja sebagai peguam,manakala Si isteri pula bekerja sebagai doktor.
Hubungan mereka suami isteri amat lah baik. Suatu hari,entah macam mana lah salah faham antara mereka berlaku.
Gara-gara si suami tertangkap ada awek lain kat luar.
Si isteri pun naik angin dan perang dingin berlaku.

Lepas dari kejadian tu,
walapun serumah, sebilik dan sekatil,
mereka tak pernah bertegur sesama sendiri. Dalam erti kata lain "syok sendiri",masing-masing buat kerja sendiri.
Melihat sesama sendiri pun guna hujung-hujung mata je. Si isteri menjeling Si suami jelir lidah.
Pas tu masing-masing tarik muka masam dan monyok. Alahai....

Suatu hari, Si suami telah di beritahu oleh majikan nya yang beliau kena pergi bertugas di luar negara.
Si suami di arah kan untuk standby di lapangan terbang keesokan paginya jam 6:45 pagi.
So, terpaksa lah Si suami bangun awal. Biasanya, kalau si suami nak bangun awal, sebelum tidur dia berpesan kat
isteri nya untuk mengejutkan nya awal pagi. Ala-ala alarm gitu! Kesian si isteri. Tapi, Si suami tetap dengan keegoan nya yang
tinggi, tak nak bercakap dengan Si isteri. Lalu si suami pun menulis satu nota kat sekeping kertas,

"Please bangunkan i pukul 5 subuh"

dan diletaknya kat atas bantal isterinya. ZZZzzz....

Keesokan harinya, Si suami bangun lewat. Jam sudah pukul 10 pagi.
Terlepas flight. Si suami naik angin. Apasal isterinya tidak membangunkan nya???

Si isteri pula sudah tiada kelihatan..mungkin dah pergi kerja kot.

tapi kelihatan satu nota kecil di atas bantal isterinya..

tertulis...

"Bang, bangun..jam dah pukul 5 pagi.."



-Tamat-


*Nah ambek kau!Sumpah ni satu pengajaran buat sesapa yang Ego!
Ego lagi ego..hwa3..*



PS : Suami isteri jangan gaduh2 yaaaa..tak elok!hmmm.....

Be gratefull with what you have

Qian HongYan lost her legs in an accident.

Her family in China are poor and couldn't afford false legs, so she uses a basketball to help her move.

Qian uses two wooden props to drag herself, and never complains, even though she has worn through six basketballs.

She attends her class.

She always smiles.

Never complain.






Isteri ku sayang!

Somewhere in Malaysia.

Seorang suami tengah nazak dibiliknya, sakit kuat.
dan isteri kesayangannya duduk disebelahnya sambil membaca-membaca teresak-esak.
Beberapa minit berlalu sang suami sedikit curious something pasal anak terunanya 4 orang itu.
Dari anak yang pertama, kedua and ketiga, semua tinggi lampai, kulit gelap, dan berbulu dada macam mafia,
tapi anak yang ke empat itu saja yang lain.
Badan pendek, kulit putih, rambut keriting allycats dan mata ala-ala william hung.
Lalu sang suami yang nazak pun bertanya pada si isteri.

Sang Suami : Yang, sebelum abg meninggal, abg nak tanya kat ayang dan ayang mesti jawab dengan jujur.

Si isteri : Oh, kenapa bang?? *sniff sniff*

Sang Suami : Pasal anak kita yang bongsu yakni yang ke empat tu, anak abg kah tu??

Si isteri : Oh,ya bang..tu anak abg, sumpah!! *tunjuk langit*

32 minit berlalu

Tak lama selepas itu, si suami pun meninggal dunia, inalillahiwainalilahirwarjiun... (siaran tamat)

Si isteri *dalam hati* - "Nasib lah dia tak tanya pasal anak-anak yang 3 orang tu...huhuhuhu!"

Friday, December 26, 2008

Kapsul Hikmahku

SESUATU YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.

Antara kata-kata yang glemer!Aku akui..

Hah!

Aku masih ingat lagi.
Dulu,waktu aku punya masalah teman aku menyejukkan aku dengan kata-kata ni.

"Sabar la..sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya..percaya lah.."

Dan aku membalas.

"Ya!Ada hikmah nya...tapi aku tak pernah nampak pun hikmahnya!"

Dan yang paling aku tak dapat lupa.
Semasa aku kecewa pada cinta (konon) beberapa tahun yang lepas,
kata-kata ini tak putus ku dengar.

"Jangan lah sedih,sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.."

Teman-teman..ucapan yang sama.
Keluarga..ucapan yang sama.
Rakan sekerja..ucapan yang sama.

Dan aku??
Telan saja.
Anggap saja ia kapsul.
Penenang jiwa.

Aku pernah ber imaginasi.
Kalau lah kata-kata/ucapan itu berupa "emas" atau "intan berlian" aku sudah jadi jutawan.
Aku lah gadis terkaya pada masa itu. Malangnya,kata-kata/ucapan yang aku dapat itu bukan lah emas atau intan berlian.

Haha.Aku, kalau bab imaginasi,jangan lawan.
Bukan over.
Tapi...memang over.

Hakikatnya.
Bukan seperti apa yang aku imaginasi kan.
Emas?Jauh sekali, apatah lagi intan berlian.

Kapsul??Kapsul hikmah??

Molek!!!Memang cantek!Sesuai jika di samakan dengan kapsul.
Satu ucapan sama dengan sebiji kapsul.

Banyak juga kapsul yang aku telan pada masa itu.
Cukup mentenangkan jiwa. Tapi kadang aku jadi kebas.

Otak kebas.
Badan kebas.
Hati kebas.

Bila semuanya menjadi kebas,walau bepuluh-puluh kapsul yang aku telan
tak mampu tenangkan aku. Otak aku,badan aku dan hati aku sudah muak dengan
kapsul itu. Membantu aku tenang saja tapi tak mampu memulih kan aku.

"Sabar,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.."

Betul. Pada masa itu aku sudah muak dengan kata-kata ini.
Sungguh!

Apa hikmahnya?
Mana hikmahnya?

Sungguh tak adil.
Aku saja yang sakit.
Aku saja yang derita.
Aku saja yang sengsara.
Aku saja yang merana.
Ini kah yang di namakan hikmah?

Selepas beberapa bulan aku tetap sama.
Masih menunggu hikmah nya.
Umpama menunggu bulan jatuh.
Menunggu seperti manusia dungu.
Sampai satu hari.
Aku jadi jemu.
Letih menunggu.
Lupakanlah.

Sampailah ke hari ini.

Sedar tak sedar.
Pejam celik pejam celik.
Sudah bertahun-tahun.
Menjalani kehidupan sendiri,terbiasa.
Sampai aku lupa akan hikmah yang aku nantikan satu ketika dulu,
yang menjadi persoalan dalam diri aku.

Dan hari ini.
Aku teringat kembali.
Tentang hikmah itu.

Aku mengimbas kembali.
Bagaimana aku menjalani kehidupan selepas dikecewakan? (konon)

Sengsara itu perlahan hilang.
Tanpa aku sedari.
Kecewa itu perlahan pergi.
Tanpa aku rasai.

Aku menjalani hidup dengan baik.
Cukup bahagia.
Bersama keluarga.
Bersama teman-teman.
Syukur ada yang mengasihi aku.


*senyum riang*


Jawapannya sudah jelas.

Allah S.W.T itu Maha Kuasa
Allah S.W.T itu Maha Besar
Allah S.W.T itu Maha Mengetahui
Allah S.W.T itu Maha Mengasihi.

Persoalan dulu kini terhurai.

Semua yang berlaku adalah ujian dari Nya.
Dengan ujian itulah kita menjadi lebih kuat.
Tak banyak tapi sedikit dengan bantuan "Kapsul" juga.

Dan sekarang,
Kata-kata itu aka kapsul ku satu ketika dulu
Begitu berharga bagi aku.
Serius.

hehe..

Dulu aku perkecil-kecilkan kata-kata itu.
Aku salah. Aku sedar.
Kata-kata itu memang ada hikmah nya.

Terima kasih semua.
Aku kini cukup bahagia..
Bersama doa-doa mereka (keluarga & teman-teman)
Aku tidak sendiri lagi.


Allah S.W.T selalu Ada..
Bersama...


[zikir]

Alhamdullillah [33x]
Allahu Akbar [33x]
Subhannallah [33x]


Wassalam.

:)

Thursday, December 25, 2008

CV contoh!

Name: Ah Boy
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD

Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her

Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood

Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

Wednesday, December 24, 2008

Syukur

Aku bersyukur.
Allah S.W.T membuka kan pintu taubat untukku.
Memberi petunjuk untuk aku kembali ke jalan yang benar dan di redhai.
Mungkin selama ini aku lalai,leka dan lupa.
Lalai hingga lupa mengerjakan suruhan dan perintah Nya.
Leka hingga tak kenal itu adalah dosa.
Lupa yang dunia ini hanyalah satu persinggahan.

Kini,hari ini dan saat ini aku sadar. Aku di datangi satu rasa.
*sayu*
Aku hanya lah manusia biasa.
Sangat Kecil.
Sangat Lemah.
Sangat Rapuh.
Senang hanyut di bawa arus.
Arus kemodenan.
Yang tidak menjanjikan apa-apa.
Lalai pada keasyikan dunia.
Sampai lupa mengerjakan solat.
Apa itu bukan dosa namanya?
Leka mengejar kemewahan dunia.
Sampai lupa kemewahan yang dikejar itu untuk apa?..
Kemewahan dunia..tak kemana.
Aku bersyukur. Amat besyukur.
Aku di sadarkan, di tunjukkan jalan dan kembali pulang dari terus hanyut di bawa arus itu.
Meminta jalan petunjuk dari Nya. Memohon keampunan dari Nya.

Wahai teman-temanku,
Kembali lah ke jalan yang di redhai dan di berkati. Mungkin masih belum terlewat untuk kita kembali ke pangkal jalan. Aku bukan lah manusia yang sempurna untuk memberikan kata-kata atau nasihat ini pada sesiapapun,aku sedar aku juga manusia yang lemah,sama seperti yang lain. Tapi aku yakin,suatu hari nanti rasa ini akan singgah di hati kamu juga..Insya Allah.

Rasa keinsafan.
Rasa yang begitu istimewa.
Rasa yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Kata orang tiada rasa yang mampu membahagiakan,melainkan rasa CINTA.
Itu tak tepat.

Mungkin..
Dugaan akan terus mendatangi.
Cuba..
Terima dengan kekuatan dan
Tempuhi dengan kesabaran.

*Doa*

Mudah-mudahan rasa ini akan terus tertanam dalam hati aku (seorang manusia biasa yang belum cukup kuat dan masih lemah) sebagai pedoman dan petunjuk untuk aku menempuhi dugaan-dugaan yang mendatang.

amin.

Tuesday, December 23, 2008

Ni lah jadi nya......



bila KEBORINGAN melanda jiwa di waktu bekerja!!!hahah!Cukup stress dengan kerja
yang bertimbun-timbun,asal je hujung tahun mesti sibuk!Aku benci lah..weks!
Sori sebab lately ni aku bz sangat..tak punya cukup masa nak update blog aku.
Insya Allah lepas semua dah ok nanti aku kembali dengan wajah baru,azam baru dan
semangat baru!hwa3...(gurau jek)

Happy New Year semua...
Semoga tahun baru (2009) ni membawa semangat baru untuk kita semua!

amin.

HO HO HO..MERRY CHRISTMAS!



Wednesday, December 17, 2008

Neng Cindai

Memang sah Make-up memainkan peranan penting dalam hidup wanita-wanita yang glamour!!
Tengok saja perbezaan pada wajah salah seorang artis yang menjadi pojaan hati semua orang ni..hmmm..(AKU TERKECUALI).Tanpa make up tak lah hot sangat. Jangan mare!!.gagagagaga..OK LAAA TUHH!




Monday, December 15, 2008

BLURRRR!!!

AM I DRUNK????



YES!!!! YOU'RE DRUNK!!!

Sunday, December 14, 2008

Jangan pandang depan!

Saksikan lahhhh....
Sudah hakikat...
Selalunya...
Yang cantik pasangan nya hodoh...
Yang hodoh pasangan nya cantik...
Jangan cemburu pada yang hodoh...
Dan jangan hina pada yang hodoh...
Masing-masing punya keistimewaan...
Lu pikir la sendiri...

*Sesungguhnya aku sudah tiada idea mau post apa,so aku kongsikan gambar-gambar di bawah ni dengan kamu-kamu semua*

Bukan untuk menghina sesiapa tapi hanya sekadar untuk merenungi apa itu Hakikat??
Dan terimalah hakikat (baik atau buruk) dengan penuh kesabaran dan keikhlasan dalam kehidupan!

Tengok saja lelaki di bawah ini...sungguh sabar dan penuh pengertian!
gagagagaga.....

Jika ada sesiapa yang cemburu pada teman wanita lelaki ini tolong jangan melakukan
apa-apa perkara yang tidak di ingini seperti gantung diri,langgar lori sampai mati,minum clorox atau racun rumput,terjun bangunan atau apa-apa saja yang boleh membahayakan nyawa kalian.
















INILAH HAKIKATNYA!

Friday, December 12, 2008

Budweiser VS Budi (Teh tarik asli)

HWA3....
APA ADA YOW....NADA YOW...LIAT BULA MINUM BUDI..BRUNEI TAH BANARRR
BANARRRR...BANARRR....
KAKAKAKAKA...

BUDWEISER (ORIGINAL VERSION)



BUDI-TEH TARIK ASLI (BRUNEI VERSION)

World katanya...

Mawi world!!Mawi world!! Katanya!!!.....
Majority kat Asia ni termasuk Brunei ramai yang meminati Mawi..
Aku pun tak tau apa yang istimewa kat Mawi ni..(maaf buaf peminat2 fanatik Mawi)
Terus-terang aku memang tak minat kat mamat ni..Kalau nak kata suara dia merdu aku memang tak setuju. Tapi mungkin dah nasib dia la kan..Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah Mawi????..

.....Jutawan Segera!!huhuhu...

Apa-apa pun tahniah lah buat Mawi dan Ekin.Semoga bahagia ke anak cucu. Peace!!!

Ni kawan aku baru hantar gambar-gambar kat bawah ni...Mawi dan Ekin kursus kawin katanya...hiks!





*kalau nak nampak lagi clear klik je kat pic tu*


-peace-

Wednesday, December 10, 2008

Ada berani mau pakai???

Berani??Pakai la tanpa was-wis..ahaha...







Spiderman Boroi punya cerita

Al-Kisah......


Spiderman Boroi ni mengingatkan aku pada kawan aku Si Robin masa kat sekolah dulu.
Masa tu kalau aku tak salah aku di tingkatan 2. Kawan aku ni terkenal dengan
perangai/tabiat gila-gila dia. Antara perangai/tabiat gila-gila dia yang aku ingat dan tak boleh lupa sampai hari ni ialah:

1) Hobi dia tido dalam kelas.

2) Suka kentut masa rehat. (Alasan: Masa rehat 15 min tu cukup-cukup untuk isi perut dan buang angin).

3) Masa PJ (Pendidikan Jasmani) dia suka request main bola keranjang. (Alasan: Boleh langgar-langgar pelajar Perempuan secara tak sengaja..Si Wawa yang selalu jadi mangsa langgar lari dia).

Tapi ada satu yang aku suka kat dia ni...dia tak pernah tolak rezeki!Kawan aku Roger gelar dia "vacuum cleaner"..pantang tengok makanan dia sapu!haha..Dan yang paling aku suka kat dia ni kan...dia lucu dan kelakar!Masa ulang tahun dia yang ke 13 dia mintak mak dia belikan sut spiderman sebagai hadiah ulang tahun. Aku jadi heran gak time tu..apa motif dia mintak belikan sut spiderman???aku tanya dia kenapa???


Selamba dia jawab,

ROBIN : Aku nak sesuatu kelainan..lain daripada orang lain!

*Aku betol2 tak paham...then,aku tanya dia lagi*

AKU : Kelainan?Maksud kau?

ROBIN : Kau tak paham aku..kau tau tak,aku dah idam2 kan sut spiderman ni dari umur aku 5 tahun lagi..tapi bila aku mintak mak aku belikan sut ni dia cakap aku gemok tak boleh pakai sut spiderman.

AKU : Pasal apa pulak orang gemok tak boleh pakai sut spiderman??

ROBIN : Mak aku cakap spiderman kurus...tak kuat makan dan tak kuat kentut macam aku.
Dia pernah janji kat aku dia akan belikan sut spiderman tu bila aku dah kurus satu hari nanti..dia cakap,bila umur aku dah meningkat nanti aku pasti akan jadi kurus...dia suruh aku control makan..dia cakap lagi kalau makan boleh control so kentut pun boleh control gak..Aku pun tanya lah kat mak aku "Agak-agak umur aku berapa tahun la aku boleh pakai sut spiderman tu?" Mak aku jawab "13 tahun kot?Slalunya kalau lelaki dah mencapai umur 13 tahun berat badan akan turun"

AKU : Tapi aku pelik lah..sekarang pun kau tak kurus lagi. Apsal mak kau kasi gak kau sut spiderman ni???

ROBIN : Sebab sut spiderman sekarang ni banyak size la bongok! 8 tahun yang lepas sut spiderman untuk kanak-kanak size dia semua kecik2 tak muat kat aku! Tu yang mak aku mati akal masa tu, kalau beli pun bukan nya aku dapat pakai...wasting duit dia jak!!

AKU : ohohohohohohho...*gelak*

Untuk pengetahuan korang semua masa tu aku rasa macam nak hantok2 kan jak kepala aku ni kat dinding kelas tuh!!!Mangkok hayun tol Si Robin ni!! Tapi aku sedikit rugi sebab tak pernah tengok dia pakai sut spiderman tuh! Hari ni aku terjumpa pulak gambar kat atas tu,otomatik aku teringat kat dia..body dia lebih kurang sama jak macam yang kat dalam gambar tu..hwa3...tapi lepas tamat SPM aku dah tak pernah jumpa dia lagi..entah-entah sekarang ni dia makin hensem tak??tak pun lebih cute dari dulu..miss him!

Robin!mana la agaknya kau berada sekarang ni???


aku rindu zaman sekolah dulu!!uwaaaaaaaa....


Tambah pulak sekarang ni bulan Disember..kalau masih sekolah kan best!
Shopping sakan..beli bag baru..pensil case baru..pen baru..baju sekolah baru..
kasut baru..semua mau baru!(Semua Bau Cina)huhuhu....
MASA TU, DAH DAPAT SEMUA BARANG BARU TAK SABAR-SABAR PULAK AKU NAK MULA SEKOLAH!!!HWA3...

Thursday, December 4, 2008

Cries in a distance! So touching!

So touching!!!Peace No Wars!!

Surat Cinta Tijah!

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk 'town', mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya 'dicuri' ...


**************************************************************************************


Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from
me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.


Safe walk
Tijah.



KIS for everybody!!!

KIS untuk semua!!! huhu...
Hari ni aku nak kongsi kan KIS ni untuk korang semua!
Kat Malaysia ada tak gula-gula KIS ni???Masa aku balik aritu aku cari gula-gula ni merata tempat tapi aku tak jumpa. Then aku tanya ngan kawan-kawan aku mana nak cari KIS ni tp semua pun tak pernah dengar nama gula-gula tu..so minggu lepas aku balik dan bawa lah gula2 KIS tu kasi mereka tengok...semua suka! (aku rasa masa aku show gula-gula tu tak sampai 10 saat..LESAP!)hwa3...

APA YANG MENARIK DENGAN GULA-GULA KIS NI????
JOM TENGOK!!!

Haaaaa....rasa cherry!!Favourite aku!
Tambah menarik lagi korang tengok setiap biji gula-gula tu (packing), kat belakang dia ada words yang berlainan...mula-mula aku beli gula-gula ni aku sendiri pun tak perasan yang words dia lain-lain...kawan aku Bibie yang kasi tau kat aku!hwa3...
Words dia pulak best2! Ada kata sindiran...ada kata semangat...ada kata manis2...semanis alam dan yang paling best tu kebanyakan words yang di gunakan adalah bahasa latest2 dari indo...
contoh nya macam yang aku sempat susun ni....(ni baru susun sikit je..kalau aku nak susun semua kang juling mata korang tengok)heeeeheeee...nampak tak???tak nampak klik kat pic tu....

*Is that all?*
*Suka dech!*
*Serius amat?!*
*I'm speechless*
*Luar Biasa*
*You're the one*
*Ok bangeeet!*
*Ok aja!*
*No Comment*
*Go for it*
*I love u*
*It's a YES!*
*Forever Friend*

Fuhhh...penat! Ada masa aku sambung lagi k....
Banyak lagi ayat-ayat yang mantap dan sentap!!!hwa3.....

Selamat Mencoba gula-gula KIS ya...

KIS UNTUK SEMUA...

Luar Biasa & Ok aja!!!



Tuesday, December 2, 2008

PERCAYA ATAU TIDAK? LANTAK!

PERCAYA ATAU TIDAK???
INI LAH MIMIK-MIMIK MUKA KAMI (PEKERJA-PEKERJA YANG BERDEDIKASI) JIKA TIADA BONUS TAHUNAN UNTUK TAHUN INI!!!!!INI BUKAN GURAUAN TAPI AMARAN KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN (MAJIKAN-MAJIKAN,TAWKEI-TAWKEI & BAPAK-BAPAK KEPALA KANTOR), JIKA KALIAN TIDAK MAHU MIMIK-MIMIK MUKA SEPERTI DI BAWAH INI BERLAKU DI PEJABAT ATAU TEMPAT PERUSAHAAN KALIAN SILA KELUARKAN BONUS TAHUNAN SECEPAT YANG MUNGKIN!!!
















DAN JIKA MIMIK-MIMIK DI ATAS TIDAK BERHASIL....

MAKA...

INILAH KEJADIAN SELANJUTNYA.....



PENANTIAN ITU SUATU PENYIKSAAN!

"BOSS....BONUS BOSS!!!"