Monday, November 24, 2008

Harimau Putih

SINGAPURA: Zoo Singapura di Jalan Mandai di sini gempar apabila seorang pekerja rakyat Malaysia mati
dipercayai dibaham harimau putih peliharaan zoo itu hari ini.
Polis Singapura ketika dihubungi Bernama berkata Nordin Montong, 30-an, dijumpai dalam keadaan
cedera di leher dan badannya.
Harimau putih yang dipercayai membaham mangsa. -foto AFP
Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari tadi mengenai kejadian itu dan terus
berkejar ke zoo berkenaan.
Paramedik yang turut dikejarkan ke sana mengesahkan Nordin meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah
hari.
Orang ramai memerhatikan keadaan di Zoo Singapura selepas kejadian tersebut berlaku. -foto AP
Polis bagaiamanapun tidak pasti dari negeri mana di Malaysia Nordin berasal.
Laporan awal mendapati dia dipercayai diserang oleh tiga ekor harimau putih apabila masuk ke dalam
kandang pameran haiwan itu.
Para penjaga zoo yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Nordin dengan mengalihkan perhatian
harimau-harimau itu.








Takziah buat ahli keluarga Allahyarham Nordin

Al-Fatihah buat Allahyarham Nordin.

-The End-




1 comment:

Anonymous said...

uishh..
agak menggerunkn la tgk news ni..
errrr..