Friday, December 12, 2008
Budweiser VS Budi (Teh tarik asli)
APA ADA YOW....NADA YOW...LIAT BULA MINUM BUDI..BRUNEI TAH BANARRR
BANARRRR...BANARRR....
KAKAKAKAKA...
BUDWEISER (ORIGINAL VERSION)
BUDI-TEH TARIK ASLI (BRUNEI VERSION)
Thursday, December 4, 2008
Surat Cinta Tijah!
Biasalah bila sudah duduk 'town', mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.
Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.
Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya 'dicuri' ...
**************************************************************************************
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from
me.
So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.
Safe walk
Tijah.
Tuesday, November 25, 2008
Moy Moy dan Palaboy Jelajah Sabah
Moy Moy dan Palaboy jadi Glamour!!! Walaupun mungkin ada sesetengah orang yang belum kenal dengan mereka ni tapi aku peminat mereka!hwa3....
Congrat to both of u!!
Kalau aku tengok aksi Moy Moy ngan Palaboy ni mood sedih aku tak menjadi!!hwa3
Lucu giler!!! Korang tengok ni..hwa3....
Video klip kat bawah ni, Moy Moy & Palaboy kat Sabah.
Tengok video ni..Orang Sabah paling sporting bah..!
Mau jugak melayan Moy Moy dengan Palaboy tu!hwa3...
Tahniah untuk video klip ini..aku suka!!! hwa3...
Wednesday, October 29, 2008
MACAM-MACAM BOLEH JADI..BE CAREFUL!
Tau tak kenapa ramai orang yang tak nak upload picture dieorang kat mane2 website (internet) ni??? Sebab zaman moden skarang ni org boleh buat ape saje...contoh nye gambar haiwan leh jadi manusia,manusia leh jadi haiwan..hwa3..banyak lagi lah...malas aku nak sebut kat sini..kalau nak sebut nanti jadi kontroversi plak...(tak pasal2 aku kena saman)hiks! Haaa ni aku ada beberapa example..ni bukan aku yang edit tau! Ni kawan aku yang sent kat aku pagi ni. So aku nak kongsi ngan korang semua...bukan kongsi apa..kongsi gelak je!hwa3...
Dui naaa kesian dia..dari mana la dia orang kutip picture ni kan..sekejam alam!!!!
ihihihihik.....(actually pic yang last sekali ni boleh gerak2 tau)tp bila aku upload kat dalam ni jadi kaku plak dia (kalau korang leh tengok dia menari ngan muka masam dia tu lucu gila..btul2 muka nda ikhlas ni)hehehe..

Friday, October 24, 2008
AL KISAH MAT REMPIT
Tengok je!

NI MASA UMUR BELIAU 12 TAHUN (DARJAH 6 KOT???) Alahaiiiiiii....
Aku pun tak tau la camne die org ni buat aksi ni....
cam hero dan heroin kat dalam cita Young & Dangerous plak aku tengok!hwa3...
Mungkin kah dia ni bakal mengharumkan nama negara kita atau sebaliknya suatu hari nanti?? Terror memang terror..salute aku kat dia org...ni baru basikal..belum lagi kasi motosikal..Aduhhh..kecik2 dah pandai merempit..
Homework dah buat ke belum ni??????
haha..

KORANG NAMPAK TAK DIA YANG MANA SATU??CARI LAH SENDIRI..HWA3...
Haaaaa yang ni kalau tak silap masa dia berumur 15 tahun...dia angkut semua kawan2 dia guna lori bapak dia p tengok wayang...(maklumlah..keputusan PMR dah kuar,ape lagiii?celebrate ler..hwa3...) Esok pagi2 bapak dia sepak kepala dia sebab tayar kat sebelah kanan depan belakang botak!!!!Kesian...

INGATKAN DAH KENA SEPAK TU TAK LA BUAT LAGI...ISK ISK ISK...
Ni masa dia berumur 18 tahun..
Nak cepat p sekolah tak sabo2 nak tengok result SPM!haha......Nasib baik lulus..kalau tak ada yang kena hantuk kepala kat jalanraya.

LEPAS JE DIA TAMAT SPM DIA SAMBUNG BLAJA KAT KOLEJ (TAK LEH SEBUT KOLEJ MANA..KANG JADI GOSSIPAN PLAK..BIARLAH RAHSIA..HUHU)
Masa ni umur dia 20 tahun.
Gian nak race..jamban pun jamban lah!
hahaha....

LEPAS JE DIA TAMAT KAT KOLEJ TU DIA CARI KEJA..TP MALANGNYA TAK DAPAT KEJA...JADI SEMENTARA TU DIA TOLONG BAPAK DIA KAT KILANG.
Bapak dia ni ada kilang slipar jepun.
Tapi korang tengok lah....apa yang dia buat??
"aiyaaaaaaaaa....wa sakit hati sakit gigi tengok lu!lu mau jadi apa haaaaa?Kalau lu mau jadi mat lempit lu jangan lempit wa punya tloli laaaa"bapak dia bengang trus!
Kalau aku jadi bapak dia bukan stakat sepak kepala..aku hanta dia p hospital gila.
hahaha...

LEPAS TU DIA BERTEKAD LA DALAM HATI..DIA NAK BAPAK DIA RESPECT NGAN MINAT & BAKAT DIA SUATU HARI KELAK..KUNUN!!!!
Tapi korang jangan gelak..
Naaaaa...korang nampak ni????
Dia dah jadi pelumba terkenal sekarang
Semua dia boleh...basikal,motosikal,jamban,kereta,lori,troli dan banyak lagi (kalau aku nak tunjuk semua aksi dia alamat aku tak tido SEBULAN!)Ni lah yang dinamakan pelumba PRO!!!
SYABASSSSSSS....huhu...
Tuesday, October 21, 2008
KALAU HERO JADI HEROIN?
hehehe..
aku tak tau bangkai mana la punya kerja ni..??hwa3...
tp apa2 pun aku berterima kasih jgk kat bangkai yang edit pic ni sebab
tak kempunan aku tengok hero2 ni jadi heroin!
hikhikhikhik...
HOLLY BOLLY LOOK ALIKE!
Wednesday, September 24, 2008
MARI BELAJAR BAHASA JEPUN!!!

Ni kawan aku yang sent kat aku pagi ni..Best!!
Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak
asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita
berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.
Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
Yang suka layan blues - APO NADIKATO
Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA
Yang bisu - KIETA TADASORA
Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI
Saturday, September 20, 2008
HAIIIIYAAA NYONYA!!!!

Arini aku nak kongsi kisah lawak sorang wanita tua cina yang bernama Ah Ching. Ah Ching ni merupakan orang kampung yang tak pernah pergi ke mana-mana bandar besar sebelum ni. Ni lah pertama kali nya dia datang ke Kuala Lumpur (konon nak shopping kat Sungei Wangg utk Qong Xi Fa Cai)...hwa3..
Sampai je Ah Ching di KL, dia pun pergi ke sebuah Hotel kat area dekat2 Sungei Wang je..memandangkan hari dah lewat so dia terpaksa menginap kat hotel tu...(korang nak tau ni lah first time Ah Ching menginap kat Hotel). Dah selesai urusan Check In kat kaunter tu pelayan hotel tu pun membawakan begnya menuju ke bilik. Ah Ching dengan penuh kegirangan mengikut pelayan itu dari belakang. Ketika pelayan tersebut menutup pintu. *Ah Ching melihat sekeliling* Dia dengan marah berkata:
Lu jangan ingat wa tua, mali dali kampong, tatak tau duduk hotel????!!!! Lu kasi ini bilik kicik ka??!! Tadak tibi, tatak lemali, tatak katil??!! Haiya...mau tipu olang ka??
Pelanggan itu tersenyum dan menjawab
"Sabar nyonya....ini baru lift maaaaa..." (sakai binti jakun orang tua ni.. *dalam hati*)
HARI-HARI MAU HEPI sampai di sini saja utk hari ni..wassalam..
Selamat berpuasa utk semua...
Friday, September 19, 2008
IKLAN MAYBELINE 2008 (LIP SHINE)
Memandangkan aku takde idea nak tulis apa hari ni aku tetap takkan mengecewakan korang semua..ni lawak untuk hari ni..hahahhaahhaha..mesti korang gelak!!!
Thanks Tommy sebab ko kasi aku relaks arini..nda payah aku tulis crita lawak arini..hahaha..
Jeng Jeng Jeng.....!!!!!!! (kalau nak tengok bukak youtube kat bawah ni...)
Pas tengok jangan tersengih-sengih sorang-sorang kat sinun!!!!
Wednesday, September 17, 2008
Si Gila VS Si Sumbing

SI GILA vs SI SUMBING
*Cerita ini tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia*
Yessss...hari-hari mau hepi! JOM GELAK!!!!wakakakkaka...
(test gelak 1,2,3 before baca)
Today, aku nak berkongsi ngan korang semua al-kisah Si Gila dengan Si Sumbing..(Lawak yang kejam!!Sekejam alam) Aku masih ingat lagi zaman budak2 aku dulu, uncle aku ni suka melawak!
Setiap kali kami balik je dari sekolah ada je lawak bodo dia..tp Best!!!
Hari-hari aku ngan cousin aku gelak kalau dia melawak! *masa tu mak aku suh dia masuk sinaran passport* tp dia ckp dia takut...Takut kalau dah glemer ramai yang kejar!!hahahaha..tu la uncle aku..rindu gak kat dia kadang2..tp sekarang dia dah p jaoh...jaoh sekali meninggalkan kami..*Al-Fatihah to Allahyarham Uncle Tamam*
Ni salah satu lawak yang yang pernah dia ceritakan pada kami,
aku tak ingat umur aku brapa time tu tp yang aku ingat masa tu aku masih lagi ada bantal busuk!!hwa3...
(mak aku dah buang bantal busuk tu masa aku tingkatan 1) *sad* Tapi cerita ni aku dah ubah suai sikit2..huhu... Begini cerita nya...*sniff-sniff*
Si Gila dengan Si Sumbing telah berkawan baik semenjak sekolah rendah lagi.. Tapi setelah Aminah (bukan nama sebenar) hadir dalam hidup mereka, persahabatan Si Gila dengan Si Sumbing menjadi permusuhan.ni la dunia.. *Biasala..dua2 nak kan Si Aminah* (Tp dua-dua putih mata sebab Aminah kawin dengan lelaki pilihan ibunya) *gigit jari kaki* Sejak hari itu Si Gila dan Si Sumbing tak kamceng mcm dulu2 lagi...pantang bersemuka, asal jumpa je gaduh! Tapi yang pelik nya di mana ada Si Gila ni di situ la Si Sumbing ni ada jugak... (rumah bersebelahan je, keja pun di tpt yang sama) cuma minat dia org ni je yang tak sama! Si Gila ni suka sangat menyanyi..melalak *tp suara punya lah teruk,tuhan je yang tau* Setiap kali Si Gila ni menyanyi, terus naik darah Si Sumbing *dah rumah bersebelahan..kentut pun leh dgr* " Oh Aminah..gadis ayu..menawan hati ku suara merdu.." (Si Gila menyanyi melalak lagu "oh fatimah" versi baru) Apabila mendengar nama Aminah tu, makin la sakit hati Si Sumbing ni tadi..*terkenang kisah lama* Si Sumbing pun keluar dan memanggil Si Gila.
Si Sumbing : Oiiii Gila...henfikan lah nyanyian sshuumbang kau thhu..
khhau ingat shhuara khhau tu sedhhap ke?pechhah tau gegendang telinga aku ni!!! ko ni memang Gila plus plus!!!
Si Gila : Eh Sumbing..ko kenapa??Jeles??Kalau kau jeles kau p la menyanyi...
Si Sumbing: Kurang ashammm kau!! Kau memang gilaaaaaa!!!!orang gila!!
orang gila!!!(Siap jelir lidah kat Si Gila)
Si Gila : Eh Sumbing!! Segila-gila aku ni masih waras lagi tau..!
Kau tu waras tp otak kosong..aku boring2 pun menyanyi je,
yang kau tu..boring2, kau p gunting-gunting mulut kau tu kenapa????
Si Sumbing: ERK?????? *terpaku menutup mulut*
Suparman oh Suparman

SUPARMAN OH SUPARMAN
Bandung, Indonesia.
Ada sorang mamat ni , Suparman nama dia..
dia ni buta..senasib ngan Kassim Selamat tp muka langsung tak mirip P.Ramlee.
Bermula lah kisah nya di sini...
(wah,aku kalau pasal bercerita memang hobi)hwa3..
One day Suparman pergi ke sebuah warung somewhere di Bandar Bandung. Memandangkan hari tu beliau no mood nak masak so he decide makan kat luar.
Dan kebetulan pula nasib Suparman baik sebab owner warung tu sendiri yang melayan nya.
Owner: Selamat siang pak...mau makan apa ya pak?Ini menunya pak..
Suparman : Selamat siang...sebenarnya saya ini buta..gimana mau melihat menu nya?
Gini aja deh..bisa ya kamu bawakan sudu yang sudah di pakek (sudu yang belum di cuci)
dari sana saya bisa tau apa makanan yang saya mau....
Owner: *Janggal* aaaa..ya bisa aja pak..bentar ya..saya bawakan sudu2 yg belum di cuci buat bapak..*dunia dunia*
After while datang la si owner ni tadi dengan sudu2 yang sudah di gunakan (oleh pelanggan2 nya) yang belum lagi di cuci.
Owner: Ni pak sudunya...
Suparman pun mencium sudu2 itu satu persatu...
Suparman: *sniff-sniff* hmmmm...saya mau Nasi goreng Pattaya satu..garamnya di kurangin ya..
Owner: *impressed* astagaaaa..kok bapak tau apa menunya dengan mencium sudu nya aja..??luar biasa ni..
Suparman: Ya iya lah..namanya udah manusia istimewa...udah cepatan..lapar ni..
wahhh..owner tadi berasa sungguh hairan...*dunia-dunia*
Keesokan harinya Suparman datang lagi ke warung yang sama. As usual Suparman meminta sudu2 yang sudah di gunakan dan seperti biasa dia mencium sudu2 tersebut. Kali ni Suparman order Ketam masak sos (menu yang paling famous kat warung tu)
terror kan org buta ni..??
The third day, Suparman datang lagi...(wahhh..dah regular customer plak)
tp kebetulan hari tu sudu2 yang telah di gunakan semua nya sudah di cuci.
Serba salah si owner ni..(terkapai-kapai mencari idea)
nak tak nak owner tu pun dapat satu idea...
owner tadi memanggil pekerja nya Ratna (darah campuran indonesia+anakmami= indomi)
Owner: Ratna, coba kamu gosok kan sudu ini di ketiakmu?Gue mau test org buta itu..huhuhu..
Ratna: ya ampunnnn...ngapain? (shy-shy cat)
Owner: Usah byk tanya kamu..buat aja apa yang saya suruh..
(menghulurkan sudu kepada c Ratna)
Ratna pun menggosok kan sudu tadi di ketiaknya..lalu memberikan sudu itu kepada ownernya..
Si owner dengan tak sabar2 nya menghulurkan sudu tersebut kepada Suparman
Suparman seperti biasa mencium sudu itu...
Suparman: Waduuhhh..Si Ratna kerja di sini ya??Ngapain nggak di bilang sama saya?
Bisa saya bertemu sama Ratna ya...bilang sama dia X pacarnya datang..YESSHHH!!!!!..
Owner : #*&*$*$&$&#*#&&#*@*@*@@@..(pengsan 3 minit)
MADE IN JAPAN

MADE IN JAPAN
Tersebut lah satu kisah Mashimaro (Bukan nama sebenar),sorang warga Jepun datang ke Kuala Lumpur Malaysia untuk menghadiri mesyuarat Gempak berkenaan dengan keluaran baru negara mereka iaitu "Ajinomoto Low fat".
Selepas je meeting tu selesai dia pun pulang ke hotel dan berkemas2 utk balik Ke Jepun. Mashimaro mengucapkan "sayonara" pada gadis2 kat reception hotel tu dan trus menaiki teksi yang sedang menunggu nya di depan hotel tersebut. Memandangkan masa masih panjang dia mengarahkan pemandu teksi tu membawa nya bersiar2 di KL. Dalam perjalanan tu sebuah kereta dengan laju memotong mereka
"zoooommmmm" (sebuah kereta Honda Civic drove past the taxi)
dengan rasa bangga mashimaro mengeluarkan kepalanya dan menjerit2
"Honda!!!!!so fast..made in Japan" katanya..(penuh semangat)
After a while, ada sebuah kereta Lexus memotong lagi..and again, Mashimaro mengeluarkan kepalanya dan menjerit sekuat hati
"Lexus!!!!! Very fast man!!! Made in Japan!!!
And then, sebuah kereta Mitshubishi Airtrek melintas dan memotong mereka, dan untuk ketiga kalinya Mashimaro menjerit
"Mitshubishi!!!!!!Did u see that??Very Very Fast man!!!!Made in Japan!!!wuhuuu (sambil menepuk bahu pemandu teksi)
Pemandu teksi tu punya la gerammmm...(apakan daya,dalam hati nya berkata "customer always right" so diam2 je lah)
Setelah ronda2 selama 3 jam Mashimaro pun mengarahkan pemandu teksi tu menghantarnya ke Airport.
Finally..dah sampai KLIA..
Mashimaro: How much man?
Pemandu teksi: RM500.00 man....
Mashimaro: Whattt??Why so Expensive?
Dengan penuh keriangan Pemandu teksi itu berkata
"Meter man...very2 fast!!! Made in Japan!!!!!"

























