SESUATU YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.
Antara kata-kata yang glemer!Aku akui..
Hah!
Aku masih ingat lagi.
Dulu,waktu aku punya masalah teman aku menyejukkan aku dengan kata-kata ni.
"Sabar la..sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya..percaya lah.."
Dan aku membalas.
"Ya!Ada hikmah nya...tapi aku tak pernah nampak pun hikmahnya!"
Dan yang paling aku tak dapat lupa.
Semasa aku kecewa pada cinta (konon) beberapa tahun yang lepas,
kata-kata ini tak putus ku dengar.
"Jangan lah sedih,sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.."
Teman-teman..ucapan yang sama.
Keluarga..ucapan yang sama.
Rakan sekerja..ucapan yang sama.
Dan aku??
Telan saja.
Anggap saja ia kapsul.
Penenang jiwa.
Aku pernah ber imaginasi.
Kalau lah kata-kata/ucapan itu berupa "emas" atau "intan berlian" aku sudah jadi jutawan.
Aku lah gadis terkaya pada masa itu. Malangnya,kata-kata/ucapan yang aku dapat itu bukan lah emas atau intan berlian.
Haha.Aku, kalau bab imaginasi,jangan lawan.
Bukan over.
Tapi...memang over.
Hakikatnya.
Bukan seperti apa yang aku imaginasi kan.
Emas?Jauh sekali, apatah lagi intan berlian.
Kapsul??Kapsul hikmah??
Molek!!!Memang cantek!Sesuai jika di samakan dengan kapsul.
Satu ucapan sama dengan sebiji kapsul.
Banyak juga kapsul yang aku telan pada masa itu.
Cukup mentenangkan jiwa. Tapi kadang aku jadi kebas.
Otak kebas.
Badan kebas.
Hati kebas.
Bila semuanya menjadi kebas,walau bepuluh-puluh kapsul yang aku telan
tak mampu tenangkan aku. Otak aku,badan aku dan hati aku sudah muak dengan
kapsul itu. Membantu aku tenang saja tapi tak mampu memulih kan aku.
"Sabar,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.."
Betul. Pada masa itu aku sudah muak dengan kata-kata ini.
Sungguh!
Apa hikmahnya?
Mana hikmahnya?
Sungguh tak adil.
Aku saja yang sakit.
Aku saja yang derita.
Aku saja yang sengsara.
Aku saja yang merana.
Ini kah yang di namakan hikmah?
Selepas beberapa bulan aku tetap sama.
Masih menunggu hikmah nya.
Umpama menunggu bulan jatuh.
Menunggu seperti manusia dungu.
Sampai satu hari.
Aku jadi jemu.
Letih menunggu.
Lupakanlah.
Sampailah ke hari ini.
Sedar tak sedar.
Pejam celik pejam celik.
Sudah bertahun-tahun.
Menjalani kehidupan sendiri,terbiasa.
Sampai aku lupa akan hikmah yang aku nantikan satu ketika dulu,
yang menjadi persoalan dalam diri aku.
Dan hari ini.
Aku teringat kembali.
Tentang hikmah itu.
Aku mengimbas kembali.
Bagaimana aku menjalani kehidupan selepas dikecewakan? (konon)
Sengsara itu perlahan hilang.
Tanpa aku sedari.
Kecewa itu perlahan pergi.
Tanpa aku rasai.
Aku menjalani hidup dengan baik.
Cukup bahagia.
Bersama keluarga.
Bersama teman-teman.
Syukur ada yang mengasihi aku.
*senyum riang*
Jawapannya sudah jelas.
Allah S.W.T itu Maha Kuasa
Allah S.W.T itu Maha Besar
Allah S.W.T itu Maha Mengetahui
Allah S.W.T itu Maha Mengasihi.
Persoalan dulu kini terhurai.
Semua yang berlaku adalah ujian dari Nya.
Dengan ujian itulah kita menjadi lebih kuat.
Tak banyak tapi sedikit dengan bantuan "Kapsul" juga.
Dan sekarang,
Kata-kata itu aka kapsul ku satu ketika dulu
Begitu berharga bagi aku.
Serius.
hehe..
Dulu aku perkecil-kecilkan kata-kata itu.
Aku salah. Aku sedar.
Kata-kata itu memang ada hikmah nya.
Terima kasih semua.
Aku kini cukup bahagia..
Bersama doa-doa mereka (keluarga & teman-teman)
Aku tidak sendiri lagi.
Allah S.W.T selalu Ada..
Bersama...
[zikir]
Alhamdullillah [33x]
Allahu Akbar [33x]
Subhannallah [33x]
Wassalam.
:)
Friday, December 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Syukran.
Pasti ada hikmahnya...:)
amin...
Post a Comment