Buat sahabat-sahabat yang di kasihi..
Malam ni susah untuk aku lena kan mata.
Aku amat sedih. Bimbang.
Sedih pada hal yang telah berlaku pada orang-orang di sekeliling aku.
Orang-orang yang aku sayangi.
Menjadi mangsa Hasad Dengki.
Apa yang aku dapat lakukan hanya lah menadah kedua tapak tangan,berdoa.
Aku meminta pada Allah SWT agar orang-orang yang aku sayang (keluarga dan teman-teman)
aku di jauhi daripada segala perbuatan jahat hasil dari sifat hasad dengki ini.
Jangan tanam hasad dengki dalam hati. Orang zaman sekarang ramai yang ada PHD (Perasaan hasad dengki). Kadang-kadang tu benda yang orang lain lebih dari kita tu kecil saja, mula la Si pendengki tu hantar hantu, Jin & Setan pada orang yang tak bersalah tu.
Astaghfirrullahallazim...(mengucap)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Alangkah comelnya dunia ini kan kalau kita berdengki tanpa ada perasaan mahu menjatuhkan. Kalau dengki, usaha la sendiri kasi up u punya diri. Biarlah orang yang dah berjaya tu meraikan kejayaannya. Satu kenikmatan yang hebat andai kita meraikan kejayaan dengan usaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain.
Dari kita Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Al-Ghazali) menyenaraikan punca timbulnya perasaan hasad dengki:
• Perasaan permusuhan dan kebencian – sekalipun marah, janganlah sampai timbul perasaan mahu bermusuh. Jika betul marah, ubat yang paling mujarab adalah memaafkan. Hayati kembali perkataan ‘kemaafan adalah dendam terindah’. Dengan memaafkan, hati dan jiwa kita kian tenang dan tidak akan ada lagi perasaan mahu bermusuhan.
• Berasa diri mulia – kita tentu saja pernah menjadi yang terbaik namun untuk mengekalkan status itu memang sukar kerana dunia ibarat roda. Terimalah hakikat bahawa dunia ini hanya sementara. Relakanlah orang lain mencapai kemanisan dalam kehidupan mereka. Bukan bermakna kita jatuh kita tidak akan bahagia kerana rekod kita pernah bagus, cuma bila dunia berubah, maka kita juga perlu berubah. Jika dulu manusia berjaya memasak dengan kayu api namun zaman sekarang, dah macam-macam teknik tanpa nampak apinya pun makanan masih boleh dimasak. Begitulah diibaratkan kita perlu sentiasa memperbaharui keadaan supaya kita sentiasa di atas namun kita perlu akur andai teknik kita mungkin kurang berkesan untuk membantu.
• Takbur – jangan suka membesarkan diri. Dengan membesarkan diri, kita akan mengecilkan orang lain. Sedangkan kita manusia tidak bersifat sempurna kerana kita banyak kelemahan.
• Ujub – bila kita takjub dengan diri, kebenaran akan selalu terhalang. Kita akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana bimbangkan orang lain akan lebih menonjol.
• Takut terlepas sesuatu tujuan atau habuan – bukankah rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. Berusahalah dengan cara yang tersendiri dan redhalah dengan apa yang kita dapati. Semoga dengan cara ini hidup kita akan lebih diberkati.
• Ghairah untuk menjadi ketua dan mencari popularity – perasaan mahu menjadi orang yang paling atas memang akan selalu terdedah dengan perasaan hasad dengki. Sekali lagi ingat, bahawa dunia laksana roda, ada masa kita di atas dan di masa lain, kita akan di bawah juga akhirnya.
• Busuk hati – jika perasaan busuk hati wujud pada seseorang, akan wujud juga perasaan tidak suka pada kebaikan orang lain. Setiap manusia, ada bahagiannya masing-masing di dunia ini. Bersama-sama lah menjaga bahagian masing-masing jangan sampai kerana sibukkan bahagian orang lain, bahagian kita akan menjadi sia-sia.
Sudah-sudahlah dengan perasaan dengki. Bina satu rasa yang lebih menyenangkan dalam diri dari kita melayan rasa dengki ini. Bagaimana lagi untuk mencari bahagia dalam diri andai kita mengizinkan lagi hasad dengki ini bertapak terus menjadi daki dalam hati kita.
Sesungguh nya Allah SWT Maha Kuasa
Segala kejahatan yang di lakukan di dunia akan di balas juga
Tidak di Dunia tapi di Akhirat nanti pasti dapat pembalasan
Bukan mudah memaafkan manusia yang melakukan kesalahan kepada kita. Khususnya individu atau mereka pernah cuba menjual maruah kita diiringi hasad dan dengki demi kepentingan diri. Apatah lagi jika golongan sama tidak ingin memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukannya.
Ketahuilah, dosa sesama manusia hanya manusia mampu memaafkan.
Semoga ada manfaatnya.
*Doa*
Sunday, February 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment