Thursday, January 29, 2009

Latest Nokia 2009!With 3G camera!Grab it!




Dont miss...

Pls order / buy now
Nokia celebrates its 12th successive year, Don't miss this opportunity! Launching of new limited edition - NOKIA 8880 3G MOBILE PHONE WITH camera ONLY RM250/- ( Normal Price RM1,700/- )

Please inform if any of Ur friends want it.........
Interested, please e-mail me ASAP before 14 Feb 2009 for booking purpose, only 888 units in the market. First come first serve.


See the samples:







Hahaha... Take it easy..enjoy!!!Don't know about you,but seeing this model does bring back some sweet memories...hahaha!!

saya pun terkena jugak.....jangan mareee!

The reasons why some men have dogs not wives?

1. The later you are, the more excited your dogs are to see you.

2. Dogs don't notice if you call them by another dog's name.

3. Dogs like it if you leave a lot of things on the floor.

4. A dog's parents never visit.

5. Dogs agree that you have to raise your voice to get your point across.

6. You never have to wait for a dog; they're ready to go 24 hours a day.

7. Dogs find you amusing when you're drunk.

8. Dogs like to go hunting and fishing.

9. A dog will not wake you up at night to ask, ?If I died, would you get another dog??

10. If a dog has babies, you can put an ad in the paper and give them away.

11. A dog will let you put a studded collar on it without calling you a pervert.

12. If a dog smells another dog on you, they don't get mad. They just think it's interesting.

13. Dogs like to ride in the back of a pickup truck.

And last, but not least:

14. If a dog leaves, it won't take half of your stuff.

Menu baru Mc D 2009!





haha!

yummy!

Tuesday, January 27, 2009

Sukan untuk wanita

Weh...korang pernah tengok ke sukan ni??
Pelik kan? Tapi macam seronok la pulak..hwa3..
Kalau ada sesiapa yang menganjurkan sukan ni kat Msia or Brunei aku nak try la!
Mana tau nasib-nasib boleh jadi juara..huhu!

Tengok aksi-aksi wanita-wanita kat bawah ni...hebat!!!!















Hebatt!!! *tepuk tangan tepuk kaki*

Monday, January 26, 2009

TIPS TEMUDUGA

Sesi temuduga adalah satu sesi yang serius dan bertujuan untuk menilai atau memeriksa dengan reliti segala aspek diri pemohon bagi memastikan majikan berkenaan benar-benar memilih calon yang berkelibar untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan cemerlang. Oleh itu apabila anda dipanggil untuk menghadiri temuduga bererti bakal majikan beranggapan anda adalah di antara beberapa calon lain yang layak dipilih untuk memegang jawatan tersebut.
Anda perlu bijak mengambil peluang keemasan ini untuk memasarkan (market) diri anda kepada bakal majikan serta menyakinkan penemuduga bahawa anda adalah calon yang paling sesuai untuk memegang jawatan berkenaan. Mengikut amalan biasa, dalam pemilihan calon yang sesuai, setiap majikan akan mementingkan tiga aspek berikut:

- KEMAHIRAN/KEBOLEHAN
- PENGALAMAN
- PERSONALITI

Untuk membantu anda berjaya dalam temuduga tersebut, anda dinasihati membuat beberapa persediaan seperti berikut:

PERSEDIAAN AWAL

1. Pastikan bahawa anda mengetahui masa dan tempat temuduga.

2. Hendaklah tiba di tempat temuduga sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal. Sekiranya anda tidak dapat hadir kerana hal kecemasan, beritahu majikan seawal mungkin dan membuat temu janji yang lain.

3. Hendaklah pakai pakaian yang bersih dan kemas serta bersesuaian dengan pekerjaan yang dipohon. Pakaian yang menjolok mata adalah tidak dibenarkan.

4. Bawa bersama satu salinan " resume ", surat akuan, sijil-sijil yang berkaitan dengan kerja. Sebaik-baiknya susun didalam " folder ".

5. Selidik tentang latarbelakang firma atau pekerjaan yang anda pohon itu (misalnya produk/perkhidmatan syarikat, jumlah jualan dan keuntungan tahunan, saiz organisasi, pelanggan-pelanggan utama, pesaing-pesaing utama, berita/perkembangan syarikat yang terkini, rancangan pembangunan syarikat, tanggungjawab dan tugas jawatan yang dipohon, latihan-latihan, laluan kerjaya dan sebagainya).

6. Tahu apa yang anda boleh sumbangkan kepada majikan.

7. Ramalkan soalan-soalan yang akan ditanya oleh penal temuduga dan sediakan jawapan. Diantara soalan-soalan yang mungkin dibangkitkan adalah seperti berikut:

- Bolehkah anda memberi keterangan mengenai diri anda?
- Apa yang membuatkan anda pilih pekerjaan ini?
- Apa pengalaman yang anda perolehi dalam kerja anda yang lepas?
- Kenapa anda berhenti?
- Apakah pencapaian cemerlang dalam kerja anda yang lepas yang anda banggakan?
- Apakah pandangan bekas majikan terhadap anda?
- Adakah anda mempunyai pengalaman dalam kerja jenis ini?
- Kenapa anda fikir anda layak untuk kerja ini?
- Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini?
- Apakah yang membuatkan anda berminat dengan perkhidmatan dan produk syarikat ini?
- Bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat ini?
- Kenapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini?
- Apakah rancangan jangka panjang kerjaya anda?
- Apakah kekuatan atau keistimewaan anda?
- Apakah Kelemahan Anda?
- Bagaimana anda menilai diri sendiri?
- Bagaimana anda ingin orang lain menilai anda?
- Adakah anda akan menjalani latihan tambahan sekiranya pekerjaan tersebut memerlukannya?
- Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian?
- Adakah anda suka kerja-kerja tetap harian (routine)?
- Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan masa bagi dua minggu pertama di syarikat ini?
- Bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi?

Berlatih dengan rakan-rakan untuk soal jawab temuduga.


SEMASA TEMUDUGA

1. Beri salam atau ucap selamat pagi/petang kepada panel temuduga dan anda hendaklah beramah-tamah dan bersopan-santun.

2. Dengarlah soalan-soalan dengan teliti dan jawab soalan dengan terus terang, tenang, logik, tepat dan penuh keyakinan serta jelas didengar.

3. Jangan merasa gementar.

4. Bersikap positif.

5. Tunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh hendak bekerja dan tumpukan minat terhadap pekerjaan itu.

6. Tanyalah mengenai tugas-tugas, latihan-latihan yang disediakan dan prospek pekerjaan/kerjaya.

7. Berilah persetujuan dengan senang hati jika diminta mengisi borang, mengambil ujian khas syarikat berkenaan, memberi nama orang-orang tertentu sebagai rujukan atau menjalani pemeriksaan perubatan.

8. Jangan menguasai temuduga.

9. Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak.

10. Jangan berbincang masalah peribadi seperti urusan rumah tangga, kesihatan diri atau masalah kewangan anda.

11. Jangan bertengkar atau menyatakan tidak bersetuju dengan penerangan yang diberi oleh penemuduga.

12. Jangan mengkritik bekas majikan anda.

13. Jangan merokok atau mengunyah gula getah atau gula-gula semasa temuduga.


AKHIR TEMUDUGA

1. Tentukan bahawa anda mengetahui tindakan yang harus anda lakukan selanjutnya.

2. Bertanya bila anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan akan diumumkan.

3. Biarkan penemuduga menamatkan temuduga.

4. Apabila temuduga tamat, ambil peluang memberi ucapan terima kasih kepada penemuduga kerana meluangkan masa dengan anda.

5. Sebaik sahaja temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.

6. Hantar surat ucapan terima kasih kepada syarikat berkenaan sebagai tindakan susulan.

PENILAIAN PRESTASI TEMUDUGA

Selepas temuduga, anda harus meluangkan masa untuk menilai prestasi diri untuk membantu anda belajar dari pengalaman temuduga tersebut. Cuba menjawab soalan-soalan berikut dengan ikhlas:

- Adakah saya bersedia?
- Adakah pengetahuan saya mengenai kerja dan syarikat/firma mencukupi?
- Adakah saya membawa diri saya dengan baik?
- Adakah saya mengambil peluang-peluang yang ada untuk menonjolkan kemahiran yang ada kepada majikan?
- Adakah saya bercakap terlalu banyak atau kurang bercakap?
- Adakah saya menguasai temuduga dan bukannya penemuduga?
- Adakah saya cukup tenang dan penuh keyakinan?

Sekiranya anda fikir temuduga tersebut tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi untuk memperbaiki diri dan belajar dari setiap pengalaman baru.


-SELAMAT BERJAYA-

Sunday, January 25, 2009

Hola amigos!

Baca jak lah..kalau tak paham cari kamus!hwa3

Pruebas!Pruebas!!!..123..huhu!

Sólo quiero decirte algo sobre mi aburrido día ..

Lo que siento en este momento?

Por lo tanto, esta es la vida sin "WoW".

Holy crap, está ocupado y lleno de cosas. Cuando llegue el trasero de vuelta al trabajo, de empezar a preguntarse qué diablos le estaban haciendo los dos últimos meses.

Realmente me gusta esta vida mucho mejor que la que he estado alrededor de rosca con los dos últimos meses.

Fu*k, tengo mucho trabajo que hacer.

Sobre la cabeza, tengo la sensación de que la inactividad me ayudó a recargar mis baterías.

P/S No culpen a mí si mi idioma español es tan malo!
Acabo de aprender durante 1 mes.

Tiene un gran día.
Que Dios los bendiga a todos

Ten cuidado.

Muchas gracias!

¡Soy yo otra vez,

-angel -

Aku tengah berjinak-jinak ngan bahasa spanish!
Ni adalah karangan pertama aku!hwa3...(ntah betol ka tak)
Kalau salah tolong betol kan..

"Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan"

verte otra vez

Adiós.

Thursday, January 22, 2009

Dugaan!

Aduhhhhhaiiit!
Dah 2 hari takda elektrik.
Semua kerja tergendala.
Gara-gara banjir 2 hari lepas,sistem elektrik terputus.
Hampa tahap maksima!
Di tambah pula dgn cuaca sengal kejap panas kejap sejuk,cukup buat aku rimas.

Dugaan..dugaan..
Dah 2 hari balik kerja awal. Gembira jg bila dapat balik awal,bukan senang nak dpt peluang mcm ni,tapi bila dah balik awal,kat umah pun takda elektrik,rasa boring la pula.
Nak online pun tak dapat.Nasib la ada telefon bimbit.Dapat gak aku online singgah2 kat blog ni kejap.Meluahkan perasaan yang kusut kunun!

Tapi bila aku fikir balik,apa yang terjadi kat sekitar aku ni jauh lebih baik daripada apa yang berlaku di Gaza.
Aku tak patut mengeluh..
Aku tak patut merungut..
Hanya sebab perkara kecil ni.
Mungkin aku dah terbiasa dengan kesenangan. Petik suis lampu dah terang,petik suis penghawa dingin dah sejuk,petik suis mesin pencuci dah siap cucian.Senang kan?Tapi sampai bila kesenangan ini?
Nah,sekarang baru 2 hari takda elektrik,semua pun mengeluh.Sekadarrrrr..(kata org brunei).

Aku masih beruntung.
Sebab di sini tiada peperangan.
Walau kebelakangan ni sering terjadi bencana alam seperti banjir kilat,yang sekali gus nya mengganggu sistem elektrik,aku patut bersyukur.
Jangan mengeluh Liz!
Sesusah-susah kita,kat luar sana ramai lagi yang susah.Ramai lagi yang menderita.
Bersyukur lah dengan apa yang ada (kata hati aku).

Aku cukup bersimpati pada saudara2 islam di Palestin. Sayu hati bila melihat kematian demi kematian berlaku.Sebak hati bila melihat anak-anak kecil dan ibu-ibu yang tidak berdosa di perlakukan seperti binatang!Ternyata Israel adalah umat yang paling kejam!Tiada rasa perikemanusiaan.Memang Binatang!

Rasa kesal atas apa yang terjadi. Di sana saudara-saudara Islam kita di bunuh,kita di sini buat apa???Tengok saja dengan mata...??Dengan sepotong ayat 'kesian'...?

Macam tu saja.

Terus terang aku memang kesal. Tapi apa yang aku boleh buat?Kalau lah aku di tempat mereka...?


Al-Fatihah buat mangsa-mangsa saudara islam di Palestin.Semoga roh2 mereka semua aman dan tenang.

Amin.

Thursday, January 15, 2009

Lihat dunia hari ini!

Maaf sebab dah lama aku tak update blog aku ni..masa tak cukup untuk aku menulis,sekarang otak aku ni tak da idea nak mengarang..tandus!kering kontang sebab jadual harian aku dah penuh..seriously!

Malam ni aku curi masa aku,singgah kat blog aku yang dah lama tak update ni,nak kongsi dgn kalian semua tentang dunia hari ini.

Lihat dunia..
Semakin hari semakin pelik..
Bencana alam tak putus-putus..
Hilang taufan,banjir melanda..Yang lepas Tsunami,taufan mcm2 nama dah..meragut ribuan nyawa..sekali gus!Subhanallah...
Tak cukup dgn bencana alam,di tambah pula dengan peperangan...tembak sana sini,bom sana sini..dah macam tradisi pula..tradisi bunuh membunuh!Mana pergi nya peri kemanusiaan?Zahir saja manusia,tapi akal dan hati? Umpama Binatang!
Apa sudah jadi dengan dunia hari ini??
Mungkin kah ini satu petanda?
Petanda dunia akan berakhir..na'auzubillah...

Allah S.W.T saja yang mengetahui.
Sedarlah..
Kita sebagai umat Nya...
Beramal dan beribadat lah dari sekarang...
Cukup kan "bekalan" bukan hanya di dunia tapi di Akhirat juga.

Ingat!
Allah S.W.T itu Maha Kuasa.

Mudah-mudahan dengan izin Nya..berkat kita terus beramal dan berdoa kepada Nya..Hidup kita selamat dari segala bala dan malapetaka. Insya Allah.

Aku bukan lah tergolong dalam golongan cerdik pandai dalam hal2 ugama..tapi aku sedar,hidup cuma sementara..belum terlambat untuk aku dan kamu semua beramal dan beribadat..kan3?

P/S Enjoy2 juga...tapi sesekali renungkan lah...

-Jangan marah saya,ini cuma renungan saya tentang dunia hari ini,tidak berkaitan dgn yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia-

Peace!Aman!..
Jumpa lagi di lain waktu.
GBU.