Saturday, February 28, 2009

Mana nak tempah ni?

Aku betul-betul tertarik bila tengok biskut-biskut yang unik ni. Mula-mula aku ingatkan kraftangan ke apa ni, sekali aku tengok betul-betul...waaaaaa!!Aku nak!!
Aku belum pernah nampak lagi biskut-biskut yang unik macam ni..kreatif! Kalau cuppy cake (unik2) aku dah biasa tengok...dah tak jakun lagi dah,heehee..sekarang kat sini (Bru), mana-mana jamuan (bday,doa selamat,kenduri kawin,hantaran tunang) semua pun cuppy cake!
Mula-mula jakun la jugak bila tengok..tapi sekarang dah tak lagi..ngee!
Tapi kejakunan aku dah beralih pada biskut-biskut unik kat bawah ni...kalau ada sesiapa yang terror buat biskut tu, pandai buat biskut unik (cam kat bawah ni), sound2 kat aku okie? Aku nak tempah banyak-banyak pastu simpan kat dalam balang kaca jadi koleksi..kalau buat makan aku rasa nampak macam tak la sedap sangat kan?? (Statement sayang nak makan) hwa3...
Tapi aku betul serius ni..kalau ada yang kreatif dan mahir membuat biskut-biskut cam ni, jangan lupa sound2 kat aku k...aku nak tempah banyak2!
hiks!


Jom Tengok!!!



















Thursday, February 26, 2009

Senaman paling mudah..Ketawa!

1.Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang
kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'


2.Bunuh Setan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang'..
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'


3.Pak pandir menunjukankan kepandaiannya

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik.'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.

Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

4.Mamak dapat anak

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,
tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira
dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.?????...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…


5..kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.

Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,
datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.


6.Belajar bahasa English

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall

Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab...
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '


7.Kek Hari jadi...


Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas,
kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'


8.Anak siapa??

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,

Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!

Tuesday, February 24, 2009

Thanks to zacrie!



Tadi masa aku chit chat ngan si zacrie, (owner kepada Mixer Prezz tu..alahaiii)
dia sempat layangkan kat aku gambar terbaru Robert Pattinson aka Edward Cullen aka dracula paling Sexy & Cool yang aku pernah nampak!
Memang tak dapat di nafikan aku memang minat kat "dracula" ni..huhu!
Btw,thanks to zacrie sebab kasi kat aku pic terbaru si Edward Cullen (aku lebih suka kalau nama betul si Robert Pattinson ni Edward Cullen..ntah kenapa)
Tapi apa-apapun nama untuk si jejaka tampan ni, tak kira la nama dia Salleh ka, Ence Ahmad ka, Mahmud ka yang penting aku suka kat dia..hwa3...
Aku tak sabar nak tunggu sambungan utk cerita Twilight ni, sebab kalau di ikut kan novel dia masih panjang lagi sebenar nya jalan cerita ni...hmmmm..aku dah baca sampai habis dah..tapi aku tak nak ceritakan kat korang..kalau nak tau nanti kan la kemunculan Twilight yang seterusnya! Harap-harap malam ni Edward Cullen datang lagi dalam mimpi aku..lol..


Dah...masa untuk tidur...nanite! :)

Saturday, February 21, 2009

Dulce memoria..lol

"memori
adalah sesuatu
yang paling indah
dan hanya mampu
di tafsirkan oleh hati
kerana hati
tidak akan pernah berbohong
dalam merisek rindu"





"Hidup tak selalunya indah,
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"

Para Deedee...
Obtener así la mayor brevedad ..
Te extrañamos mucho

Friday, February 20, 2009

Kadok buat Jay!

Salam semua...
Malam ni aku rasa macam bersemangat pulak nak update blog aku..hmm..
Aku mengaku kebelakangan ni aku sibuk sangat-sangat. Dan, tadi petang aku sempat ON9 kat MSN dengan kawan lama aku yang berada kat Oslo, Si Jay. Dia cakap blog aku sekarang dah tak macam dulu...serius sangat!!Kalau dulu dia selalu singgah kat blog aku sebab banyak bahan-bahan yang buat dia gelak..tapi sekarang dia tetap singgah jugak sebab dia cakap dah menjadi kebiasaan pulak bila ON laptop terus buka blog HARI-HARI MAU HEPI..hehe! (Aku gelak besar bila dia buat pengakuan ikhlas sungguhpun aku tahu keegoan dia tu tinggi tahap gunung berapi ,dari dulu sampai sekarang tetap sama,tapi nahhhh ambek kauuu! Hari ni baru kau tahu siapa aku, pandai pula kau rindu kat blog aku..hiks! Aku ingat lagi, dulu waktu sekolah kau buli aku setiap hari, kata tulisan aku buruk..macam tulisan kerbau..kau cakap aku ni perangai mcm tomboy, suka bergaul dengan budak lelaki, dan yang paling aku tak dapat lupa tu,kau gelar aku Ratu Rock Kayu!! Malas aku nak cerita pasal gelaran tu sebab aku tak nak di jadikan bahan ketawa kat sini!hwa3...
Tapi hari ini, aku cukup berpuas hati dengan pengakuan Si Jay ni.. *tepuk tangan*
Bukan apa..kalau dulu dia suka buli aku..cakap aku itu ini, pokoknya semua lah apa yang aku buat tak betul..kan Jay?? Tapi, aku tak pernah ambil hati pun..selama aku kenal dengan Si Jay ni, baru aku mengenal apa itu lipstik, baru aku sedar yang tulisan aku dulu tu betul2 hodoh..haha..
Sejak aku kenal rapat dengan dia,banyak yang aku pelajari tentang kehidupan. Tapi sayang, selepas tamat tingkatan 6 kami terpisah jauh! Dia di hantar belajar ke UK selama 6 tahun dan tahun lepas aku sempat jumpa dia kat Miri, masa tu aku bergegas ambil cuti sebab dia cakap dia takkan lama di Miri. Selepas 2 minggu dia berehat kat Miri, dia pergi lagi meninggalkan aku..sekarang dia menetap di Oslo sebab ayah dia di tugaskan di sana. Entah bila la aku dapat jumpa kau lagi Jay?? Harap-harap Raya tahun ni kau dapat balik jenguk-jenguk aku...bukan apa,aku rindu dengan tahi lalat Enrique Iglesias kau tu!gagaga...
Ikhlas dari hati aku, aku rindu kat ko! yeeeheeee... (aku harap-harap ko menangis tersedak-sedak kat sana bila baca pengakuan ikhlas ku ni).
Untuk tidak mengecewakan kau, aku rajin2kan diri malam ni update blog aku,walaupun pada hakikatnya malam ni aku letih & mengantuk (ayat mahal ni geng)huhu....

Nah...nasihat aku sebelum ko gelak! Gelak tu biar berpada-pada,jangan sampai jiran-jiran kau komplen. Nanti naya kau, kena balikkan ke Malaysia serta merta atas sebab menganggu ketenteraman awam!Muahaha..

Dulu kau terkenal dengan sifat "playboy" kan??
Nah..ni aku ada satu baik punya magazine khas untuk kau..ahahahha...:p

Amacam?
Buat pengetahuan ko, tok la cover magazine Playboy Indonesia edisi pertama nok di batalkan. Sik menepati citarasa pok..mun ko mauk aku ada stok, tunggu ko balit klak aku show ngan ko..hwa3!

Tak lupa untuk semua yang sudi masuk blog aku ni..thanks sebab sudi singgah lagi kat blog ni walaupun kebelakangan ni aku sibuk sampai tak larat nak update tiap-tiap hari.
Btw..aku nak kongsikan video klip kat bawah ni dengan korang semua. Harap korang suka sebab gadis-gadis korea yang cute ni (Wonder Girl) berjaya buatkan aku terasa ingin menari sama bila tengok video klip mereka. :)

Have fun...

Sunday, February 15, 2009

Jalan pulang ke pangkuan Tuhan terlalu luas

Bila aku tak dapat lelapkan mata, aku mula tercari-cari bahan bacaan di internet..dan aku temui ini.

RENUNGKANLAH BERSAMA..

ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta.

Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.

Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu.

Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:

(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Islam bukan seperti sesetengah ajaran yang menyuruh seseorang yang berdosa membuat pengakuan di hadapan orang agama, atau melakukan upacara yang menyeksa diri demi penghapusan dosa seperti melukakan diri atau berjalan atas bara api atau membuat bayaran penebusan.

Demikian perbuatan sesetengah pihak mencari rezeki dengan mengambil upah untuk pelupusan dosa solat atau puasa atau ibadah yang lain, bukan dari ajaran Islam. Islam tidak pernah mengenal itu semua. Seperti Islam tidak pernah menerima sama sekalipun perbuatan sesetengah agama lain yang mengeluarkan surat berbayar untuk penghapusan dosa, demikian Islam tidak dapat menerima perbuatan penganutnya jika melakukan hal yang sama dengan mengeluarkan borang pahala yang dijual sempena Ramadan atau selainnya.

Keampunan dan rahmat Allah bukan dijual di jalanan. Ia sangat berkaitan dengan keluhuran jiwa yang ikhlas ingin kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun. Jika keampunan hanyalah bayaran yang dibayar kepada pihak tertentu, tentulah semua orang kaya tempatnya di syurga.

Sementara si miskin yang tidak mampu membayar kepada golongan agama tiadalah habuan keampunan untuknya. Maka tidaklah perlu lagi seseorang berpegang dengan agama, cukuplah dengan membanyakkan ongkos, maka selamatlah dia di sisi Tuhan. Aduhai, tentu tidak demikian.

Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91).

Seseorang yang berdosa pula, tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan manusia. Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain.

Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim).

Termasuk dalam perkataan Muslim itu diri insan yang berdosa itu sendiri, dia juga tentu seorang Muslim. Maka dia wajib menutup keaiban dirinya. Maka dalam Islam tidak ada ‘pengakuan dosa di hadapan paderi’. Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin kembali kepada Allah, maka dia bertaubat di mana sahaja dia berada.

Sabda Nabi: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Bahkan dalam sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu. Sebaliknya, disuruh agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa dari rahmat-Nya.

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: “Ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah. Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat Lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya, walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut. Sekalipun bagaikan buih di lautan”. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/74, Beirut: Mussasah al-Rayyan).

Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadangkala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan insan lain, namun Allah tidak pernah menutup pintunya selagi insan yang berdosa itu insaf, benar-benar kembali kepada-Nya.

Saya bicarakan tajuk ini, sesuai dengan suasana puasa. Juga agar perbincangan agama, janganlah menyebabkan manusia ini kecewa dengan diri mereka dalam mencari jalan pulang ke pangkuan Tuhan.

Agama ini begitu lunak. Pintu untuk mendekati Tuhan tidak pernah hanya dikhususkan untuk orang tertentu semata. Bahkan sesiapa sahaja yang menerima Islam ini dan berusaha mendekatkan diri dengan jalan Rasulullah maka dia akan sampai ke dalam rahmat Allah.

Tiada perbezaan antara mufti, ustaz, imam dan orang biasa. Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.

Kadangkala amat menakutkan kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut “dosa- dosa si polan tidak akan diampunkan Allah.” Ringan perkataan itu di lidah kita, amat berat kesalahannya di sisi Allah.

Sejak bilakah pula kita menjadikan wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya. Kita menolak manusia ingin kembali dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan rahmat-Nya untuk semua.

Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pemimpin di gelanggang politik dan seterusnya. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Nabi bersabda: Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim).

Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan dibinasakan Allah. Dakwah agama hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita. Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang pelbagai. Sama ada yang berada di gelanggang sukan, di pentas filem, di medan politik atau apa sahaja.

Janganlah perbincangan agama hanya menggambarkan seakan semua manusia akan memasuki neraka semata, lalu kita lupa Allah ialah Tuhan Yang Maha Rahmat. Ungkapan-ungkapan agama ini adalah ungkapan memberikan harapan, bukan menimbulkan kekecewaan.

Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa, tetapi menceritakan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampun oleh Allah s.w.t.

Hadis ini memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali untuk terus bertaubat bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan. Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya “tidak guna kau bertaubat, sudah berapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu”, namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.

Jika Allah menutup pintu, maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan terus tenggelam dalam kejahatan. Namun dengan dibuka seperti ini, insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap kali tergelincir.

Saya amat hairan, ada agama tertentu yang dikatakan mempengaruhi emosi sesetengah anak-anak muda kita disebabkan unsur kasih sayang dan rahmat berkenaan yang ditonjolkan dalam agama. Seakan anak-anak muda kita tidak pernah mendengar tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah dalam Islam ini. Lalu mereka pun kagum dengan agama lain dan melupai agama sendiri yang diturunkan Allah ini.

Adakah kerana mereka tidak mempelajari ajaran Islam yang betul? Ataupun kempen kita kepada Islam kurang menonjolkan unsur-unsur kerahmatan agama ini?

Hendaklah kita sedar, dalam dakwah baginda Nabi bukan hanya diceritakan balasan neraka, namun diceritakan juga kenikmatan syurga. Bukan hanya tentang kemurkaan Allah kepada yang menderhakai-Nya tetapi juga rahmat-Nya bagi yang kembali kepada kepada-Nya.

Firman Allah dalam surah al-Hijr 49-50: (maksudnya) Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan).

Di suasana Ramadan ini, semoga taubat mempunyai ruang yang besar dalam hidup kita. Manusia disuruh takut melakukan dosa. Namun jangan kecewa jika tersilap. Di samping insan juga hendaklah selalu beringat, bahawa dosa yang terlampau setelah diberi peringatan, boleh menghilangkan ingatan insan untuk kembali kepada Tuhan.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 6-7: (maksudnya) Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.


Jangan tanam hasad dengki dalam hati

Buat sahabat-sahabat yang di kasihi..
Malam ni susah untuk aku lena kan mata.
Aku amat sedih. Bimbang.
Sedih pada hal yang telah berlaku pada orang-orang di sekeliling aku.
Orang-orang yang aku sayangi.
Menjadi mangsa Hasad Dengki.
Apa yang aku dapat lakukan hanya lah menadah kedua tapak tangan,berdoa.
Aku meminta pada Allah SWT agar orang-orang yang aku sayang (keluarga dan teman-teman)
aku di jauhi daripada segala perbuatan jahat hasil dari sifat hasad dengki ini.


Jangan tanam hasad dengki dalam hati. Orang zaman sekarang ramai yang ada PHD (Perasaan hasad dengki). Kadang-kadang tu benda yang orang lain lebih dari kita tu kecil saja, mula la Si pendengki tu hantar hantu, Jin & Setan pada orang yang tak bersalah tu.

Astaghfirrullahallazim...(mengucap)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Alangkah comelnya dunia ini kan kalau kita berdengki tanpa ada perasaan mahu menjatuhkan. Kalau dengki, usaha la sendiri kasi up u punya diri. Biarlah orang yang dah berjaya tu meraikan kejayaannya. Satu kenikmatan yang hebat andai kita meraikan kejayaan dengan usaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain.

Dari kita Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Al-Ghazali) menyenaraikan punca timbulnya perasaan hasad dengki:

Perasaan permusuhan dan kebencian – sekalipun marah, janganlah sampai timbul perasaan mahu bermusuh. Jika betul marah, ubat yang paling mujarab adalah memaafkan. Hayati kembali perkataan ‘kemaafan adalah dendam terindah’. Dengan memaafkan, hati dan jiwa kita kian tenang dan tidak akan ada lagi perasaan mahu bermusuhan.

Berasa diri mulia – kita tentu saja pernah menjadi yang terbaik namun untuk mengekalkan status itu memang sukar kerana dunia ibarat roda. Terimalah hakikat bahawa dunia ini hanya sementara. Relakanlah orang lain mencapai kemanisan dalam kehidupan mereka. Bukan bermakna kita jatuh kita tidak akan bahagia kerana rekod kita pernah bagus, cuma bila dunia berubah, maka kita juga perlu berubah. Jika dulu manusia berjaya memasak dengan kayu api namun zaman sekarang, dah macam-macam teknik tanpa nampak apinya pun makanan masih boleh dimasak. Begitulah diibaratkan kita perlu sentiasa memperbaharui keadaan supaya kita sentiasa di atas namun kita perlu akur andai teknik kita mungkin kurang berkesan untuk membantu.

Takbur – jangan suka membesarkan diri. Dengan membesarkan diri, kita akan mengecilkan orang lain. Sedangkan kita manusia tidak bersifat sempurna kerana kita banyak kelemahan.

Ujub – bila kita takjub dengan diri, kebenaran akan selalu terhalang. Kita akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana bimbangkan orang lain akan lebih menonjol.

Takut terlepas sesuatu tujuan atau habuan – bukankah rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. Berusahalah dengan cara yang tersendiri dan redhalah dengan apa yang kita dapati. Semoga dengan cara ini hidup kita akan lebih diberkati.

Ghairah untuk menjadi ketua dan mencari popularity – perasaan mahu menjadi orang yang paling atas memang akan selalu terdedah dengan perasaan hasad dengki. Sekali lagi ingat, bahawa dunia laksana roda, ada masa kita di atas dan di masa lain, kita akan di bawah juga akhirnya.

Busuk hati – jika perasaan busuk hati wujud pada seseorang, akan wujud juga perasaan tidak suka pada kebaikan orang lain. Setiap manusia, ada bahagiannya masing-masing di dunia ini. Bersama-sama lah menjaga bahagian masing-masing jangan sampai kerana sibukkan bahagian orang lain, bahagian kita akan menjadi sia-sia.

Sudah-sudahlah dengan perasaan dengki. Bina satu rasa yang lebih menyenangkan dalam diri dari kita melayan rasa dengki ini. Bagaimana lagi untuk mencari bahagia dalam diri andai kita mengizinkan lagi hasad dengki ini bertapak terus menjadi daki dalam hati kita.


Sesungguh nya Allah SWT Maha Kuasa
Segala kejahatan yang di lakukan di dunia akan di balas juga
Tidak di Dunia tapi di Akhirat nanti pasti dapat pembalasan
Bukan mudah memaafkan manusia yang melakukan kesalahan kepada kita. Khususnya individu atau mereka pernah cuba menjual maruah kita diiringi hasad dan dengki demi kepentingan diri. Apatah lagi jika golongan sama tidak ingin memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukannya.

Ketahuilah, dosa sesama manusia hanya manusia mampu memaafkan.


Semoga ada manfaatnya.

*Doa*

Untitled

Kuasa apa yang ku punya atas raga ini
Bila waktu menghitung langkah
Tinggalkan jiwa ini
Membusuk bersama kematian kisah
Tentang kau
Yang pernah mengenalkan aku
Pada kejujuran hati
Tentang kau
Yang pernah membaurkan keharuman
Kata dan air mata…

Dakaplah aku
Sebelum kesunyian ini merenggutku
Sebab aku tak dapat
Menemukan kata
Menghibur hati
Yang bimbang ini

Karna aku tak lagi
Punya kuasa atas raga ini

Tak ada yang bisa ku tulis lagi
Tak ada yang bisa kutorehkan
Tak ada yang bisa ku coret dalam bimbang

Semua kelabu
Bukan untukku
Semua menghilang
Samar-samar membayang
Semua lenyap tanpa makna

Biarlah yang kemarin berlalu
Senantiasa esok adalah harapan
yang menyimpan bahagia
Tahun demi tahun usia merangkul ku
Setapak kedewasaaan ku melangkah

Esok hari
Semoga mentari masih milikku
Semoga kebahagian dan kesuksesan selalu menyertaiku

BUKANLAH SAJAK KUTULIS!
BUKAN.
BUKAN AKU YANG BISA KAU BACA.








Wednesday, February 11, 2009

Antara PAKU Dan ERTI KEHIDUPAN

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."


-Lizz-

Aura Mawi!

Satu Hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka Ada juga orang yang sakit mental in boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit TU menyanyi sambil telentang di atas katilnya.

Pengawal terus melalui bilik itu Dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain. Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi IA masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak.

Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , Cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha TU dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang?

Pengawal TU hairan Dan bertanya pada pesakit mental TU...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? Tadi terlentang?"

Jawab pesakit mental tu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ Dan berkata dalam hatinya..

"betul jugak"

Heeeeheeee....

Check it out!!

Hola friends..

Check out our new items here at:

LS-Collection.blogspot.com

Have a good day..:)

Thanks.

-Lizz-

Sunday, February 1, 2009

LS Collection (Fragrance house)




Dear friends,

Interested in buying perfumes???

Do visit me at my new blog

http://ls-collection.blogspot.com


Thank you.